UMNO.

๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข

Assalamualaikum para pejuang UMNO,

Saya mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersedia untuk menghadapi gelombang fitnah dan dakyah lawan menjelang pilihanraya 6 buah negeri yang akan datang.

Hari ini, propaganda lawan yang beredar di media sosial sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara kita yang mencanangkan dan bahkan mempromosikan dakyah propaganda lawan terhadap kita.

Tuan-tuan, izinkan saya mengingatkan kita tentang asal-usul penubuhan UMNO. UMNO tidak lahir dari kebencian terhadap Inggeris, tetapi dari kecintaan terhadap nasib anak bangsa. UMNO tidak lahir dari jalanan, tetapi dari perkarangan Istana yang penuh dengan keagungan dan usaha yang gigih.

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima parti GERAKAN yang pernah bersama-sama dengan DAP mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969?

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima PAS yang pernah mengkafirkan kita dan mengharamkan setiap ibadah yang kita lakukan?

Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menjadi pembela nasib rakyat, walaupun rakyat menolak kita ketika PRU14?

UMNO lahir dari kasih sayang terhadap nasib bangsa dan sumpah setia kepada raja serta ketaatan kepada agama Islam yang tercinta.

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat negara ini berkecamuk tanpa kerajaan setelah tidak ada pihak yang mampu mendapatkan majoriti setelah PRU15?

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat rakyat terus menderita setelah ekonomi kita digagalkan oleh tangan rakus Perikatan Nasional?

Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat tidak ada check and balance di dalam kerajaan untuk memastikan Islam, Melayu, dan kedaulatan Raja-Raja terpelihara seperti pasca PRU14?

Keberadaan UMNO dalam kerajaan hari ini sebenarnya jauh lebih baik daripada keberadaan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Janganlah kita lupa, PAS terpaksa tunduk kepada tuntutan DAP untuk membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu di Selangor, yang pada akhirnya memecat Datuk Hassan Ali dari PAS.

Kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan adalah lebih baik daripada ketika PPBM menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU14. Kita tidak boleh melupakan bagaimana PPBM menyepi dalam isu ICERD dan Statut Rom, dan kita terpaksa bertindak sendiri untuk membantah hingga mengundang campurtangan Raja-Raja Melayu.

Kita sama sekali tidak akan lupa bagaimana PAS dan PPBM dengan rakusnya menggunakan darurat untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kes an kepada rakyat. Hingga hari ini, negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada kerakusan mereka.

Dan ingatlah, Tuan-tuan, Yang Di-Pertuan Agong pernah menzahirkan titah dukacita baginda sebanyak 3 kali terhadap kebiadaban menteri-menteri Perikatan Nasional dalam masa kurang dari 3 tahun.

Hakikatnya, dengan kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini, DAP dan PKR menjadi lebih berhati-hati. Hingga saat ini, mereka tidak melakukan tindakan yang biadap yang melanggar kesucian Islam dan kedudukan orang Melayu.

Isu yang berkaitan dengan Jill Ireland sebenarnya berhubungan dengan arahan pentadbiran terhadap 3 kulit CD penerbitan Kristian dari Indonesia yang dibawa masuk oleh beliau, dan bukan penerbitan buku atau risalah yang menggunakan perkataan Allah sebagai pengganti God yang boleh digunakan untuk menggugat akidah umat Islam.

Janganlah kita terpedaya dengan propaganda dan dakyah lawan yang ingin merosakkan kekuatan kita. Belajarlah dari kesilapan yang lalu, Tuan-tuan.

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Pak Lah, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Najib, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?

Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Zahid Hamidi, dan apa yang terjadi kepada kita pada PRU15 yang lalu?

Sebelum saya berundur, izinkan saya berkongsi

kata-kata dari pengasas UMNO, almarhum Dato Onn Bin Jaafar, untuk renungan kita bersama:

“๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ถ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข; ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ข๐˜จ๐˜ถ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต.”

Salam Perjuangan,

๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—›๐—จ๐—ž๐—ฅ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜œ๐˜”๐˜•๐˜– ๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜‰๐˜ช๐˜ณ๐˜ฐ ๐˜›๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข. ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ด ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ, ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฎ๐˜ฆ

C2joy.

Assalamualaikum wbt. Selamat malam sahabatku. Setelah minum istiqamah selama 1 tahun, baru tahu gout 28 tahun dah sembuh, kencing manis dah cucuk insulin pun dah normal, penyakit jantung dah takda, sakit buah pinggang tahap 3 dah pulih. Sekarang dan 5 tahun tidak makan ubat hospital walaupun 1 biji. Benarlah janji Allah swt, setiap penyakit ada ubatnya. Syukur pada Allah swt.

Salby holiday.

*Mencari Tempat Bercuti Yang Menarik Seisi Keluarga Dan Rakan-Rakanโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ*
.
Jom Datang Ke *SALBY HOLIDAY* ,Homestay Salby Mempunyai Kolam Renang Dewasa Dan Kanak-Kanak (Tidak Semua Villa). Disamping itu Homestay Salby Ini Mempunyai 3,4,5,6,7 Bilik Yang Amat Sesuai Untuk Family Day Dan Event. Villa Untuk Muslim Sahaja Ada. Dan Untuk Non Muslim Pun Kami Ada.
.
Di SALBY HOLIDAY Boleh Buat Bbq, Khemah, Sukanneka, Kareoke, Swimming Poo, Pool Table (Tidak Semua Villa)
.
Nak Sambut Birthday Party, Anniversary Pun Kami Boleh Pakej Hiasan Uollszzz.

Jom Abadikan Kenangan Bersama Keluarga Dan Rakan- Rakan Anda Di *SALBY HOMESTAY VILLA*, Afamosa Melaka.
.
Untuk Sebarang Pertanyaan Atau Booking Untuk Eventยฒ Atau Family Day Boleh Terus Klik Link Di Bawah Segera ๐Ÿ‘‡
.
http://www.wasap.my/60196831651/afamosawsg