๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐ง ๐ง๐๐ฅ๐๐จ๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐๐ ๐จ๐ ๐ก๐ข
Assalamualaikum para pejuang UMNO,
Saya mendoakan agar anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan bersedia untuk menghadapi gelombang fitnah dan dakyah lawan menjelang pilihanraya 6 buah negeri yang akan datang.
Hari ini, propaganda lawan yang beredar di media sosial sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Lebih menyedihkan lagi, ada di antara kita yang mencanangkan dan bahkan mempromosikan dakyah propaganda lawan terhadap kita.
Tuan-tuan, izinkan saya mengingatkan kita tentang asal-usul penubuhan UMNO. UMNO tidak lahir dari kebencian terhadap Inggeris, tetapi dari kecintaan terhadap nasib anak bangsa. UMNO tidak lahir dari jalanan, tetapi dari perkarangan Istana yang penuh dengan keagungan dan usaha yang gigih.
Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima parti GERAKAN yang pernah bersama-sama dengan DAP mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969?
Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menerima PAS yang pernah mengkafirkan kita dan mengharamkan setiap ibadah yang kita lakukan?
Jika UMNO lahir dari kebencian, bagaimana mungkin kita menjadi pembela nasib rakyat, walaupun rakyat menolak kita ketika PRU14?
UMNO lahir dari kasih sayang terhadap nasib bangsa dan sumpah setia kepada raja serta ketaatan kepada agama Islam yang tercinta.
Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat negara ini berkecamuk tanpa kerajaan setelah tidak ada pihak yang mampu mendapatkan majoriti setelah PRU15?
Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat rakyat terus menderita setelah ekonomi kita digagalkan oleh tangan rakus Perikatan Nasional?
Bagaimana mungkin UMNO ingin melihat tidak ada check and balance di dalam kerajaan untuk memastikan Islam, Melayu, dan kedaulatan Raja-Raja terpelihara seperti pasca PRU14?
Keberadaan UMNO dalam kerajaan hari ini sebenarnya jauh lebih baik daripada keberadaan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008. Janganlah kita lupa, PAS terpaksa tunduk kepada tuntutan DAP untuk membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu di Selangor, yang pada akhirnya memecat Datuk Hassan Ali dari PAS.
Kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan adalah lebih baik daripada ketika PPBM menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU14. Kita tidak boleh melupakan bagaimana PPBM menyepi dalam isu ICERD dan Statut Rom, dan kita terpaksa bertindak sendiri untuk membantah hingga mengundang campurtangan Raja-Raja Melayu.
Kita sama sekali tidak akan lupa bagaimana PAS dan PPBM dengan rakusnya menggunakan darurat untuk kepentingan mereka sendiri tanpa memikirkan kes an kepada rakyat. Hingga hari ini, negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada kerakusan mereka.
Dan ingatlah, Tuan-tuan, Yang Di-Pertuan Agong pernah menzahirkan titah dukacita baginda sebanyak 3 kali terhadap kebiadaban menteri-menteri Perikatan Nasional dalam masa kurang dari 3 tahun.
Hakikatnya, dengan kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini, DAP dan PKR menjadi lebih berhati-hati. Hingga saat ini, mereka tidak melakukan tindakan yang biadap yang melanggar kesucian Islam dan kedudukan orang Melayu.
Isu yang berkaitan dengan Jill Ireland sebenarnya berhubungan dengan arahan pentadbiran terhadap 3 kulit CD penerbitan Kristian dari Indonesia yang dibawa masuk oleh beliau, dan bukan penerbitan buku atau risalah yang menggunakan perkataan Allah sebagai pengganti God yang boleh digunakan untuk menggugat akidah umat Islam.
Janganlah kita terpedaya dengan propaganda dan dakyah lawan yang ingin merosakkan kekuatan kita. Belajarlah dari kesilapan yang lalu, Tuan-tuan.
Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Pak Lah, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?
Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Najib, dan apa yang terjadi kepada kita selepas itu?
Kita pernah terpedaya dengan dakyah untuk menolak Datuk Seri Zahid Hamidi, dan apa yang terjadi kepada kita pada PRU15 yang lalu?
Sebelum saya berundur, izinkan saya berkongsi
kata-kata dari pengasas UMNO, almarhum Dato Onn Bin Jaafar, untuk renungan kita bersama:
“๐๐ช๐ต๐ข ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฌ ๐ฃ๐ช๐ฐ๐ญ๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ถ๐ข๐ต ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ญ๐ข๐จ๐ถ ๐จ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ช๐ต๐ข; ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐ฎ๐ฑ๐ข๐ช ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ข๐ช๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ช๐ต๐ข ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ณ๐ช ๐ด๐ข๐ฉ๐ข๐ซ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ช๐ฌ๐ถ๐ต ๐ญ๐ข๐จ๐ถ ๐จ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ถ๐ต.”
Salam Perjuangan,
๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ. ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ

