*Mencari Tempat Bercuti Yang Menarik Seisi Keluarga Dan Rakan-Rakan‼️‼️‼️* . Jom Datang Ke *SALBY HOLIDAY* ,Homestay Salby Mempunyai Kolam Renang Dewasa Dan Kanak-Kanak (Tidak Semua Villa). Disamping itu Homestay Salby Ini Mempunyai 3,4,5,6,7 Bilik Yang Amat Sesuai Untuk Family Day Dan Event. Villa Untuk Muslim Sahaja Ada. Dan Untuk Non Muslim Pun Kami Ada. . Di SALBY HOLIDAY Boleh Buat Bbq, Khemah, Sukanneka, Kareoke, Swimming Poo, Pool Table (Tidak Semua Villa) . Nak Sambut Birthday Party, Anniversary Pun Kami Boleh Pakej Hiasan Uollszzz.
Jom Abadikan Kenangan Bersama Keluarga Dan Rakan- Rakan Anda Di *SALBY HOMESTAY VILLA*, Afamosa Melaka. . Untuk Sebarang Pertanyaan Atau Booking Untuk Event² Atau Family Day Boleh Terus Klik Link Di Bawah Segera 👇 . http://www.wasap.my/60196831651/afamosawsg
*Kurma, buah ‘tak cantik’ miliki kuasa luar biasa*
Astro Awani Mac 26, 2023 22:00 MYT
*SEMEMANGNYA bulan Ramadan sangat sinonim dengan buah kurma.*
Walaupun luarannya tidak begitu menarik, namun, ketahuilah, kurma merupakan salah satu bahan terbaik untuk diet harian kerana banyak manfaat kesihatannya.
Kurma yang juga dikenali sebagai tamar mempunyai ‘kuasa luar biasa’, padat dengan serat untuk membantu anda kenyang lebih lama, serta menggalakkan pencernaan yang sihat.
*Kurma dalam Islam*
Kurma atau pokok kurma disebut dalam al-Quran sebanyak 22 kali, lebih banyak berbanding pokok buah-buahan lain.
Nabi Muhammad SAW mengetahui manfaatnya dan sangat gemar memakannya. Baginda akan menerimanya sebagai hadiah dan berkongsi faedah memakan kurma dalam Islam dengan umatnya.
Kitab suci al-Quran juga memberitahu kita tentang bagaimana memakan kurma dalam Islam boleh membantu dengan kesakitan kehamilan dan kelahiran dalam surah Maryam.
Maryam (AS) mengalami kesakitan semasa mengandungkan Nabi Isa (AS), maka Allah SWT mengarahkannya untuk memakan kurma bagi mengurangkan ketidakselesaannya.
*Kenapa makan kurma?*
Kurma mempunyai rasa yang sedap dan kebanyakan kita terpikat dengan kemanisannya.
Selain daripada rasa dan tekstur yang unik, kurma padat dengan kebaikan zat besi, folat, protein, serat, kalsium, magnesium dan vitamin B6.
*Buah penawar semua penyakit*
Kurma adalah salah satu buah yang paling bermanfaat untuk manusia.
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk kita kekal sihat dan cergas. Gula dalam kurma adalah fruktosa dan tidak meningkatkan berat badan. Vitamin B6 melegakan saraf dan banyak terdapat dalam kurma.
Pakar perubatan menasihatkan warga emas dan mereka yang mengalami tekanan agar memakan tiga biji kurma pada waktu pagi, tengahari dan petang. Kurma juga mengandungi magnesium, yang menguatkan otot dan baik untuk wanita hamil dan mencegah penyakit kanser.
Dalam 100 gram kurma, terdapat 1.5 gram protein, 50 gram karbohidrat dan 225 kalori. Inilah sebabnya mengapa ia bermanfaat bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang memerlukan kekuatan fizikal atau mental, atau mengalami keletihan akibat penyakit. Kurma juga baik untuk anemia, batuk kering dan masalah tulang berkait tahap fosforus, kalsium dan zat besinya.
*Masa terbaik untuk makan kurma?*
Makan kurma pada awal pagi memberikan tubuh anda rangsangan tenaga yang sangat diperlukan.
Selain itu, pengambilan pada waktu pagi membantu membunuh cacing dalam usus, membantu membersihkan organ penting dan meningkatkan kesihatan jantung dan hati.
Kehadiran antioksidan pula membantu memberikan kulit dan rambut kilauan semula jadi.